Selangor serah bukti air beracun N. Sembilan kepada Putrajaya

elizabeth_wong_301016_07-1
Elizabeth Wong mengatakan Selangor sudah menyerahkan bukti air beracun Negeri Sembilan kepada Putrajaya.

Selangor menyerahkan segala bukti pencemaran air yang berpunca dari Negeri Sembilan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar Rabu lalu.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Elizabeth Wong berkata, mereka kini menunggu keputusan rasmi daripada kementerian tersebut.

Wong berkata, meskipun Selangor melaksanakan tugas yang baik mengawal pencemaran tersebut namun kuasa untuk mendakwa dalang yang terbabit amat terhad.

“Kita serah semua bukti pencemaran, pada kementerian maksudnya kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya.

“Kita tidak ada kuasa untuk mendakwa malah kuasa siasatan juga amat terhad,” katanya pada sidang media ketika melawat Sungai Buah, Dengkil di Selangor hari ini.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu turun padang melawat kawasan sungai tercemar itu kira- kira 1.30 petang tadi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s