Negeri Sembilan masih enggan kerjasama cegah air beracun

elizabeth_wong_301016_10
Elizabeth Wong bersama Ketua Kualiti Air dan Makmal Pengurusan Air Selangor Abdul Karim Endut (kiri), Pengarah Luas Nor Zamri Sondor (kanan) dan Timbalan Speaker Selangor Mohd Shafie Ngah (paling kanan) di Sungai Buah, Dengkil, Selangor, pada 30 Okt, 2016.

Kerajaan negeri Selangor mahu Negeri Sembilan memberikan kerjasama dalam isu pencemaran air Selangor yang berpunca daripada negeri tersebut.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Elizabeth Wong berkata pada 30 Okt, sebelum ini pihaknya pernah menghubungi Negeri Sembilan meminta kerjasama dan mereka menyatakan kesediaan untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun Wong berkata, setakat ini tiada sebarang tindakan daripada negeri tersebut untuk membantu mengawal bahan beracun yang mengalir dari Nilai ke sungai di Selangor.

“Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan ada mengadakan perbincangan.

“(Kami) minta pertolongan daripada pihak mereka tetapi mereka berkata air tersebut orang Selangor yang guna, jadi selesaikan masalah itu sendirilah,” katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan tercemar di Sungai Buah di Dengkil, Selangor.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan berkata, buat masa ini Selangor sudah melakukan yang terbaik untuk menangani masalah tersebut. 

Bagaimanapun beliau berkata, penyelesaian ini tidak akan berkekalan selagi rakan setugas mereka di Negeri Sembilan tidak memberikan kerjasama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s